This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Mengapa Mulakan Perniagaan di Malaysia? Panduan Ini Akan Menjelaskan
Memikirkan tentang pembukaan sebuah syarikat di Malaysia? Jadi anda mempunyai soalan yang sama dengan hampir semua pelabur lain. Apa kelebihan bagi sebuah syarikat Malaysia?
Keuntungan dan kelebihan tentu menjadi faktor pembakar semangat terbesar bagi mana-mana pelabur yang bercadang memperbadankan sebuah syarikat luar negara. Dengan pelbagai hab perniagaan yang turut sama berjaya di Asia seperti Singapura dan Hong Kong, mengapa perlu anda memilih Malaysia?
Kelebihan Sebuah Syarikat Malaysia
Malaysia ialah salah satu negara dengan kepelbagaian yang indah di Asia. Sebagai negara dengan pelbagai budaya, bahasa, dan etnik, ianya tentu memiliki banyak kelebihan yang anda impikan. Terletak bersebelahan dengan Singapura, Malaysia ialah antara hab perniagaan Asia yang lebih dinamik.
Pada 2018, Malaysia dinobatkan sebagai tempat paling mudah di dunia bagi melakukan urus niaga oleh Bank Dunia. Pengiktirafan ini dibuat dalam Laporan Kemudahan Melakukan Perniagaan 2018 mereka. Terdapat banyak alasan yang baik bagi perkara ini. Malaysia berkedudukan strategik, menjadikannya negara yang paling mudah diakses untuk lain-lain ekonomi ASEAN.
Terletak bersebelahan Singapura tidak bermakna ia mahal seperti Singapura. Bahkan, ianya adalah alternatif yang lebih berpatutan tanpa berkompromi dari segi kualiti.
Antara kelebihan syarikat Malaysia termasuklah:
- Penyertaan kuat daripada sektor awam dan swasta.
- Persekitaran yang mesra perniagaan.
- Tiada sekatan ke atas pegangan asing. Perniagaan boleh 100% milik asing.
- Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
- Pelbagai program liberalisasi yang mengalu-alukan pelaburan asing.
- Infrastruktur yang kukuh dan dibangun dengan baik.
- Pembukaan akaun bank korporat adalah ringkas.
- Kehadiran syarikat perbankan gergasi antarabangsa.
- Persekitaran politik yang stabil.
- Kerangka perundangan yang kukuh mentadbir negara.
- Sistem pendidikan berkelas dunia.
- Tenaga kerja berpendidikan tinggi.
- Sistem penjagaan kesihatan yang berpatutan dan baik.
Malaysia juga merupakan tuan rumah kepada Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa Labuan. Labuan menjadi tarikan utama sebagai jurisdiksi luar pesisir. Sekiranya anda memikirkan tentang memperbadankan sebuah syarikat luar pesisir, mungkin inilah tempat untuk melakukannya.
Tinggal di Malaysia juga bermakna anda menikmati kualiti hidup yang cemerlang. Jangan lupa juga dengan akses kepada sajian antarabangsa yang menyelerakan.
Sekiranya anda memiliki syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd), salah satu kelebihan bagi syarikat Malaysia ialah kelebihan cukai tertentu.
Bersedia Untuk Memperbadankan Syarikat di Malaysia?
Kelebihan bagi sebuah syarikat Malaysia ialah sesuatu yang anda perlu alami secara sendiri. Tetapi satu perkara yang pasti ialah ianya akan menjadi keputusan perniagaan terbaik yang pernah anda ambil. Adakah anda bersedia memulakan perniagaan di Malaysia? Benarkan kami membantu anda melakukan perubahan tanpa sebarang sekatan. Untuk maklumat selanjutnya tentang perkhidmatan memperbadankan syarikat Malaysia kami, hubungi pasukan kami hari ini.