This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Mengapa Mulakan Syarikat di Malaysia
Ringkasan Persediaan Perniagaan di Malaysia
Anda perlu memilih Malaysia dan memulakan perniagaan di Malaysia hari ini kerana:
- Perniagaan Malaysia mendapat manfaat daripada permintaan pengguna yang tinggi di pasaran tempatan dan Asia seperti India, China, Myanmar, Singapura dan Vietnam;
- Perniagaan pemastautin Malaysia berdepan kos permulaan yang rendah berbanding di Singapura; Sewa bulanan pejabat di Malaysia bagi setiap meter persegi (USD 17) serta kadar upah (USD 2,310) lebih rendah berbanding di Singapura (USD 68 dan USD 3,245);
- Firma pemastautin mendapat manfaat dari 68 perjanjian percukaian dua negara yang meminimakan cukai pegangan bagi pemindahan dana ke luar negara;
- Tiada cukai pegangan yang dikenakan ke atas dividen yang dibuat di luar negara oleh perniagaan Malaysia;
- Perniagaan Malaysia tidak berdepan sekatan ke atas penghantaran balik modal, keuntungan, dividen dan royalti;
- Perniagaan pemastautin mendapat kelebihan dari perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani antara Malaysia dan 6 negara-negara ASEAN yang lain;
- Perniagaan Malaysia menikmati perdagangan bebas cukai melalui pelabuhan bebas di Pasir Gudang, Pelabuhan Klang, Taman Hi-Tech Kulim, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Bayan Lepas;
- Perniagaan Malaysia boleh menaja visa untuk pengarahnya jika modal saham melebihi RM 500,000;
- Bank Dunia menyenarai Malaysia sebagai tempat ke-6 paling mudah di dunia untuk menjalankan perniagaan dalam laporan 2014 mereka;
- Malaysia pada kedudukan positif sebagai ekonomi ke-25 yang paling berdaya saing di dunia.
- Potensi berkembang dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan, terutamanya aktiviti perkongsian perkhidmatan;
- Tenaga kerja muda dan mahir yang menjimatkan dan efektif;
- Insentif menarik bagi pelabur asing;
- Dasar-dasar liberal kerajaan;
- Berbagai bentuk perniagaan yang ditubuhkan (PLT, Syarikat, pejabat perwakilan, pejabat cawangan, syarikat, dll);
Bersedia untuk memulakan syarikat di Malaysia? Klik Pemerbadanan Syarikat Malaysia untuk memulakan proses pendaftaran dan dapatkan lebih banyak maklumat mengenai persediaan syarikat Malaysia.
Hubungi kami hari ini di [email protected]
Mengapa Mulakan Perniagaan Anda di Malaysia
Malaysia terletak di Asia Pasifik dan Asean! Dengan ranking baru-baru ini, Malaysia diangkat sebagai negara ke-6 di dunia yang paling memberi kemudahan dan mesra perniagaan oleh Bank Dunia! Malaysia mengecap peningkatan memberangsangkan daripada kedudukan ke-23 kepada kedudukan ke-6 di kalangan 189 ekonomi dalam Laporan World Bank Doing Business 2014 yang terbaharu. Ini membuktikan Malaysia benar-benar di landasan tepat ke arah transformasi ekonomi dan mampu menjadi tempat yang paling menjadi tarikan pelaburan asing!
Malaysia disenarai di kedudukan pertama bagi mendapatkan Kredit, di kedudukan keempat bagi Perlindungan Pelabur, Nombor 5 bagi Dagangan Rentas Sempadan dan di kedudukan keenam paling berdaya saing di kalangan 189 ekonomi dalam Laporan Doing Business Bank Dunia 2014.
Malaysia kian berkembang pesat! Ianya stabil, menawarkan kos kehidupan berpatutan dengan peluang pelaburan perniagaan yang pesat! Malaysia mengalu-alukan pelabur asing! Mulakan syarikat permulaan anda di Malaysia, tempat paling sempurna untuk melonjakkan perniagan anda di rantau ini!
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang berkuatkuasa pada Disember 2012 memperkenalkan perkongsian liabiliti terhad (PLT) sebagai kaedah alternatif perniagaan yang menawarkan keanjalan dari segi pembentukan, penyelenggaraan, dan penamatan dan pengurangan yuran pendaftaran syarikat bagi Memulakan Perniagaan. Usahawan kini punyai lebih pilihan bagi menentukan kaedah perniagaan yang sesuai dan kehadiran PLT tentu menguntungkan syarikat permulaan, kumpulan profesional, usahasama serta dana modal teroka.
Hab Industri
Syarikat milik asing boleh melabur dalam apa sahaja sektor.
Kerana ketersediaan bahan mentah yang murah serta tenaga kerja berkemahiran, reputasi Malaysia sebagai hab pengilangan semakin meningkat. Negara tersebut kaya dengan beberapa sumber aslinya seperti minyak sawit, getah, balak, minyak dan bijih timah;
Disebabkan tarikan sumber asli Malaysia yang meluas, Malaysia dilabel selaku “destinasi yang dipenuhi pelbagai potensi yang belum direalisasikan” oleh Majlis Penjelajahan dan Tourism Sedunia (WTTC). Oleh itu, terdapat banyak potensi pertumbuhan dalam industri pelancongan Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh pelabur asing dengan pendaftaran perniagaan Malaysia;
Malaysia merupakan lokasi ideal bagi dijadikan ibu pejabat serantau. Terletak di tengah Asia Tenggara, Malaysia berada berdekatan dengan pasaran-pasaran utama Asia termasuk Singapura, Vietnam, Thailand, China, dan India; Malaysia menjadi pilihan semulajadi untuk perkhidmatan perkongsian memandangkan kos yang rendah, terutamanya untuk infrastruktur, persekitaran perniagaan yang kondusif, dan integrasi global yang tinggi
Situasi pasaran tenaga buruh.di Malaysia juga baik. Kos tenaga buruh di Malaysia agak rendah manakala tahap pengeluaran kekal pada kadar tinggi berbanding negara-negara industri lain. Literasi asas di kalangan tenaga kerja buruh adalah tinggi, dan tenaga kerja berada di usia muda dan boleh dilatih manakala pesekitaran kerja pula bebas mogok.
Dengan empat pelabuhan utama, dan lokasi yang ideal di Selat Melaka, Malaysia adalah negara yang sangat baik untuk perdagangan melalui laut;
Terdapat lima zon bebas di Malaysia yang tidak mengenakan duti ke atas syarikat asing , disertakan dengan undang-undang dagangan yang anjal. Lima zon bebas ini merangkumi Pasir Gudang, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Taman Hi-Tech Kulim dan Bayan Lepas;
Malaysia juga merupakan negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau ASEAN. Oleh demikian, syarikat berdaftar di Malaysia mendapat kelebihan daripada perjanjian dagangan yang wujud di antara negara-negara anggota;
Bagi menarik pelabur asing dalam pelaburan di Malaysia, beberapa undang-undang berhubung dengan pemilikan asing sedang dilonggarkan. Had pemilikan asing bagi saham broker akan dinaikkan kepada 70% daripada 49%. Kini terdapat 100% kawalan asing dalam syarikat pengurusan dana borong di Malaysia. Had bagi syarikat unit amanah juga telah meningkat kepada 70%;
Untuk menarik pelabur asing dan menggalakkan perniagaan di Malaysia, kerajaan Malaysia membangunkan taman perindustrian, termasuk zon perindustrian bebas, taman teknologi, dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Terdapat insentif pelaburan seperti status Perintis, status BioNexus dan Status Koridor Raya Multimedia (MSC) di mana syarikat boleh menikmati cukai percuma untuk beberapa tahun;
Ekonomi Malaysia yang kekal berkembang dicerminkan oleh pertumbuhan purata KDNK dalam tempoh 10 tahun ini pada kadar 1.17%. Malaysia telah mencatat pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3% yang merupakan antara yang tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN pada separuh pertama 2014. Anggaran pertumbuhan KDNK bagi 2014 dan 2015 adalah di antara 5.5% dan 6%. Pertumbuhan berterusan ini bermaksud lebih banyak peluang bagi para usahawan;
Alternatif lebih murah berbanding Singapura
Malaysia merupakan alternatif terbaik bagi Singapura sebagai ibu pejabat serantau kerana kos perniagaannya.
Pada tahun 2012, ruang sewa pejabat bulanan Malaysia adalah pada kadar USD17 semeter persegi. Ini jauh lebih rendah daripada ruang sewa pejabat purata bulanan di Singapura sebanyak USD 68 setiap meter persegi
Gaji purata pekerja di Malaysia lebih berpatutan berbanding di Singapura. Pada tahun 2012, gaji purata di Singapura adalah sebanyak USD 3,245 sementara gaji purata di Malaysia adalah pada kadar USD 2,310;
Untuk menyaingi sektor pelancongan Singapura yang berjaya, Malaysia secara agresif membina hotel, taman hiburan dan taman tema, pusat membeli-belah, kompleks kediaman mewah, galeri seni dan muzium. Menjelang 2013, Malaysia menjangka dapat menarik 29 juta pelancong;
Malaysia mahu mengulangi kejayaan Singapura dengan mengembangkan sektor perindustrian dan perkhidmatannya. Sebagai contoh, Malaysia telah membangunkan pelabuhan-pelabuhan seperti Pelabuhan Klang untuk menawarkan laluan utama perkapalan;
Untuk bersaing dengan sektor perkilangan Singapura, Malaysia menyediakan insentif pelaburan seperti status perintis, dan elaun cukai pelaburan kepada syarikat pembuatan asing.
Bahasa
Bahasa Inggeris merupakan Bahasa Kedua di Malaysia, dan 70% penduduknya mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris. Oleh demikian, pelabur asing di Malaysia dapat berkomunikasi dengan pekerja, pelanggan dan pembekal tempatan;
Dokumen perniagaan mudah diperolehi dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, kos terjemahan dan masa dapat dijimatkan ketika pendaftaran syarikat di Malaysia atau apabila melakukan urusniaga.
.
Komuniti Islam
Malaysia adalah lokasi terbaik bagi anggota-anggota Komuniti Islam yang ingin melabur di Asia Tenggara. Di sini disertakan pelbagai sebab mengapa ahli komuniti Islam perlu mempertimbangkan Malaysia:
Taman Halal – Taman-taman ini direka bagi memudahkan proses pendaftaran perniagaan diMalaysia dan memberi insentif kepada semua sektor pengilangan berasaskan produk Halal;
Pandangan Islam yang liberal – Malaysia dilihat sebagai gerbang di antara “dunia Islam” dengan “dunia Barat” kerana amalan Islamnya yang berciri moden. Sebagai hasil, ekonomi Malaysia sesuai bagi kedua-dua dunia korporat Islam dan Barat;
Perbankan Islam – Malaysia memiliki antara aset patuh syariah yang terbesar. Tiada sekatan bagi penghantaran pulang di antara akaun bank Syariah antarabangsa.
Populatsi
Demografi Malaysia diwakili oleh pelbagai kumpulan etnik yang wujud di negara ini. Pada tahun 2010, populasi Malaysia adalah 28.6 juta yang menjadikannya di kedudukan ke-41 negara paling ramai penduduk di dunia. Daripada jumlah ini, 5.72 juta rakyat Malaysia tinggal di Malaysia Timur dan 22.5 juta tinggal di Semenanjung Malaysia. Penduduk Malaysia terus berkembang pada kadar 2.4% setahun. Pada tahun 2010, orang Melayu merangkumi 60.3%, Cina 22.9%, dan kaum India 7.1% daripada jumlah populasi Penduduk Malaysia dijangka meningkat sebanyak 10 juta (35.0%) kepada 38.6 juta pada tahun 2040.
Struktur Politik
Selaku Kerajaan Raja Berperlembagaan dengan penduduk pelbagai etnik dan agama, Malaysia telah ditadbir UMNO sejak kemerdekaan pada tahun 1957.
Matawang
Ringgit Malaysia (“MYR”)
Jenis Undang-Undang
Undang-undang am