This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Dapatkan Pandangan Mendalam Tentang Proses Pendaftaran Tanda Dagangan Malaysia
Amat menarik menyaksikan jenama produk atau jenama baharu muncul di pasaran dengan tanda ™ terletak di penghujungnya. Penampilan unik mungkin berkesan bagi anda pada permulaan, tetapi anda akan kemudian berhadapan pesaing di pasaran yang sama. Adalah lebih baik bagi mendaftarkan tanda yang unik itu. Mari lihat panduan pendaftaran tanda dagangan di Malaysia.
Penting untuk Survival
Tanda dagangan merupakan tanda unik yang membezakan satu perniagaan dengan yang lain. Mendaftarkan tanda unik anda memastikan bahawa anda memiliki setiap keistimewaan yang ada padanya. Kelangsungan perniagaan adalah penting bagi mana-mana usahawan termasuklah memiliki hak eksklusif ke atas tanda dagangan.
Tanda ™ Bukanlah Eksklusif
Ramai berpendapat apabila mereka melihat sesuatu nama atau logo dengan tanda ™ di hujungnya; bahawa ia didaftarkan. Hakikatnya, apabila sesuatu jenama atau logo produk didaftarkan sebagai tanda dagangan, ia akan menguna tanda ® bagi mengumumkan secara visual kepada pesaing atau lain-lain perniagaan. Maka apabila menggunakan tanda ™, pastikan anda akan mendaftarnya segera. Undang-undang tanda dagangan memberi pemilikan kepada pihak yang menggunakannya terlebih dahulu.
Panduan Pendaftaran Tanda Dagangan
Kini, mari lihat bagaimana kita perlu mendaftarkan tanda dagangan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO.
Langkah 1: Sediakan segala dokumen diperlukan bagi permohonan tanda dagangan. Dokumen yang diperlukan termasuklah:-
- Lima salinan borang TM5 yang dilengkapkan dengan tanda dagangan dilekatkan kepada setiap salinan. Anda boleh merujuk kepada sampel borang yang telah lengkap di sini.
- Satu salinan asal pengisytiharan statutori dengan tanda dagangan di dalamnya.
- Saiz tanda dagangan mestilah di dalam lingkungan 10cm X 10cm.
- Satu salinan borang 49 atau borang D atau butiran syarikat daripada pendaftar syarikat, sekiranya pendaftaran tanda dagangan dibuat di bawah nama syarikat.
- Satu salinan dokumen tuntutan tarikh utama (jika diperlukan).
- Satu salinan transliterasi bertauliah dan terjemahan jika tanda dagangan menggunakan huruf selain huruf roman (jika diperlukan).
- Pembayaran RM370 setiap permohonan. Pembayaran boleh dibuat secara tunai, cek, arahan pembayaran atau bank kepada Perbadanan Harta Intelek.
Langkah 2: Pemohon kemudian menghantar semua dokumen kepada MyIPO untuk semakan formal. Mereka akan menyemak bagi memastikan tanda dagangan mematuhi keperluan statutori dan memberi komen jika anda perlukan dokumen tambahan atau menyemak semula permohonan. Anda punyai 12 bulan bagi meminda permohonan (jika diperlukan).
Langkah 3: Pemohon perlu mendapatkan nasihat pendaftar sama ada tanda dagangan boleh didaftarkan, dengan melengkapkan borang TM4. Ini diikuti dengan permintaan bagi carian tanda dagangan; pemohon perlu mengisi borang TM4A.
Apa yang akan berlaku selepas carian tanda dagangan:
- Tanda dagangan diterima. Pemohon perlu melengkapkan borang TM31 dan membayar sebanyak RM650.00
- Tanda dagangan dibangkang. Pemohon boleh membuat rayuan bertulis agar tanda dagangan diterima. Untuk lebih maklumat tentang kemungkinan ini, lihat kepada carta proses aliran.
Langkah 4: Tanda dagangan akan diterbitkan dalam Gazet selama dua bulan. Sebaik diterbit, sesiapa sahaja boleh melihat tanda dagangan dan membangkang pendaftaran tanda dagangan anda ketika tempoh ini.
Langkah 5: Sekiranya tiada bangkangan, MyIPO akan mengeluarkan sijil pendaftaran, dan tanda dagangan anda direkod di dalam Daftar Tanda Dagangan.
Terdapat juga opsyen bagi anda melakukan permohonan agar pemeriksaan dipercepat. Proses ini lebih mahal tetapi mengambil masa singkat berbanding kaedah biasa. Lihat di sini, jika ia sesuai dengan anda. Jika anda mahu memfailkan permohonan tanda dagangan secara online, anda boleh melakukannya di pautan MyIPO iaitu IP ONLINE FILING.