This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Pembaharuan Sijil Perniagaan Secara Online Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Pembaharuan Sijil Perniagaan Secara Online Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Perbaharui Sijil Perniagaan Anda Dengan Pantas Dan Efisien Dengan SSM Malaysia

Menguruskan perniagaan di Malaysia kini lebih mudah. Ketahui bagaimana anda boleh memperbaharui sijil perniagaan anda secara online dengan SSM (Renew SSM / Renewal SSM) dalam tempoh sehari sahaja. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun di Malaysia. SSM bertanggungjawab memantau segala urusan yang dilakukan perniagaan di negara ini. Ini termasuklah proses urusan pendaftaran syarikat di Malaysia serta proses memperbaharui sijil perniagaan.

 

Bagaimana Pembaharuan Perniagaan Secara Online Dengan SSM Dilakukan?

Permohonan pembaharuan perlu dilakukan sama ada oleh pemilik perniagaan atau salah seorang rakan kongsi. Semua urusan pembaharuan perniagaan SSM / pembaharuan SSM perlu dilakukan dengan SSM sebelum tarikh tamat. Pembaharuan perniagaan SSM / pembaharuan SSM boleh dilakukan pada bila bila masa sebelum tarikh tamat sebenar dan sehingga tempoh 12 bulan selepas tarikh tamat.

Permohonan pembaharuan boleh dilakukan di mana mana kaunter SSM, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Ezbiz Kiosk atau secara online melalui laman sesawangan di sini. Butiran selanjutnya mengenai panduan pembaharuan disertakan di sini.

Segala urusan pembaharuan boleh dilakukan bagi tempoh setahun dan tidak melebihi tempoh lima tahun. Sekiranya perniagaan anda telah tamat tempoh melebihi setahun, anda tidak boleh memohon pembaharuan.

All business renewals can be done for a period of one year and not exceeding five years. If your business has expired for more than one year, you will not be able to submit a renewal request.

 

Bayaran Pembaharuan Perniagaan Secara Online Dengan SSM

Kadar bayaran bagi proses pembaharuan sijil berbeza-beza mengikut entiti. Kadar bayarannnya adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran Pejabat Cawangan– RM 5 setahun bagi setiap cawangan
  • Pendaftaran Nama Sendiri – RM30 setahun
  • Pendaftaran Nama Tred – RM60 setahun

Pembaharuan Sijil Perniagaan Secara Online Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia