This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Sistem MyCOID SSM – Pemerbadanan Syarikat Dalam Talian
Sistem MyCOID SSM di Malaysia merupakan perkhidmatan pemerbadanan syarikat dan pendaftaran syarikat yang telah dilancarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Nombor Identiti Korporat Malaysia (MyCOID) merupakan nombor yang digunakan sebagai sumber rujukan tunggal pendaftaran dan transaksi yang dilakukan dengan agensi Kerajaan berkaitan. Pengenalan sistem ini secara langsung mengetepikan keperluan pelbagai nombor siri yang diperkenal bagi tujuan urusan orang awam dan rujukan dalaman.
Kelebihan MyCOID SSM
SSM melancarkan sistem yang membolehkan perkhidmatan pemerbadanan syarikat Malaysia dilakukan secara dalam talian dengan cara yang mudah dan ringkas serta pantas. Dengan pengenalan sistem MyCOID 2016 oleh SSM, populasi data secara automatik dapat dilakukan bagi membolehkan pendaftaran serentak dengan agensi Kerajaan berkaitan sebaik sahaja syarikat telah berjaya diperbadankan.
Antara kelebihan sistem MyCOID SSM termasuk:
- Memudahkan ahli komuniti sektor awam dan perniagaan
- Meningkatkan interaksi antara agensi
- Meningkatkan keberkesanan transaksi antara orang awam dan agensi Kerajaan berkaitan
- Satu komponen asas dan penting yang mustahak ke arah membantu pembangunan sistem automatik sepenuhnya. Ini membolehkan syarikat mendaftar secara serentak dengan agensi Kerajaan berkaitan sebaik sahaja proses pemerbadanan.
- Membantu meningkatkan sistem perkhidmatan korporat dan sektor awam kebangsaan dalam persekitaran kurun ke-21.
Mengakses Sistem MyCOID SSM
Bagi para pengguna mengakses sistem MyCOID 2016, anda perlu mendaftar sebagai pengguna aktif. Anda boleh memilih mendaftar sebagai Pengguna Individu atau Pengguna Profesional. Pilihan Pengguna Profesional tersedia bagi Badan Profesional atau Setiausaha Berlesen. Anda kemudian boleh mendaftar dan memperbadan syarikat di Malaysia melalui portal MyCOID, yang boleh dilengkapkan dalam tiga langkah berikut:
- Langkah 1 – Daftar perniagaan anda dan hantar maklumat berkaitan dalam portal.
- Langkah 2 – Tunggu kelulusan daripada SSM
- Langkah 3 – Anda akan menerima notifikasi pendaftaran daripada SSM melalui emel.
Sistem MyCOID 2016 dapat diakses 24 jam setiap hari, tujuh hari seminggu. Kemudahan sistem ini membolehkan para pengguna melakukan carian nama syarikat dan membuat pembayaran dari mana sahaja. Satu-satunya keperluan ialah sambungan internet yang baik. Sistem ini mengurangkan tempoh menunggu secara signifikan bagi mendapatkan maklumat pemerbadanan syarikat baharu.
Sistem MyCOID SSM menerima pembayaran menggunakan kad kredit dari dalam dan luar negara yang dikeluarkan oleh Visa dan MasterCard.
Sistem MyCOID kini digunakan oleh pelbagai agensi termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KESP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) serta Perbadanan Usahawam Kecil dan Sederhana (SME Corp Malaysia).