This post is also available in: English 简体中文 (Chinese (Simplified))

Sistem Pendaftaran Status PKS Oleh SME Corp Malaysia

Sistem Pendaftaran Status PKS

Sistem Baru Untuk Pengesahan Status PKS di Malaysia

Sistem pendaftaran atas talian oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) bertujuan memudahkan perniagaan-perniagaan di Malaysia mengesahkan status perniagaan mereka.

Sistem baru ini memudahkan pengesahan status perniagaan. Ia menjadikan proses tersebut lebih mudah dengan mengurangkan jumlah dokumen yang diperlukan. Pendaftaran dan pengesahan status PKS dilakukan secara percuma. Sebaik sahaja PKS telah disokong melalui Status PKS, sijil digital boleh dimuat turun. Yuran bagi memuat turun adalah RM100 dan ianya sah selama 2 tahun.

Sistem Pendaftaran Status PKS telah diimplementasi di Malaysia bermula Mac 2020. Perniagaan merentas pelbagai sektor ekonomi boleh mendapat manfaat daripada sistem ini. Mereka boleh menyemak status perniagaan mereka, mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan dan juga insentif dengan menggunakan sistem baru ini. Insentif-insentif tersebut khususnya disasarkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Perniagaan boleh memohon untuk Status PKS secara percuma bermula daripada 1 Mac sehingga 31 Ogos 2020. Selepas diluluskan, anda akan diberikan Sijil Digital Status PKS. Tempoh sah sijil tersebut adalah untuk 1 tahun.

Permohonan ini tidak diwajibkan. Ianya sekadar satu cara bagi mengesahkan status perniagaan anda dan menentukan bahawa syarikat anda memenuhi definisi sebagai PKS. Untuk maklumat lanjut berkenaan Pendaftaran Status PKS, ketik di sini. Anda juga boleh menghubungi SME Corp di talian 1300-30-6000 antara jam 9.00 pagi – 1.00 tengah hari daripada Isnin hingga Jumaat. Secara alternatif, emel [email protected].

Sistem Pendaftaran Status PKS