This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) di Malaysia – Apa Yang Perlu Diketahui Pemilik Perniagaan
Sebuah Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) di Malaysia merupakan entiti perniagaan sendirian berhad yang boleh dimulakan sama ada penduduk tempatan ataupun warga asing. Kesemua perniagaan di Malaysia diperlukan bagi mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM merupakan badan pentadbir yang memantau operasi syarikat di Malaysia, dan syarikat Sdn Bhd di Malaysia tidak terkecuali daripada peraturan ini.
Mengapa Mendaftar Syarikat Sendirian Berhad, Sdn Bhd di Malaysia?
Terdapat beberapa kelebihan di dalam memulakan perniagaan di Malaysia. Selain daripada lokasi strategik negara ini yang meletakkannya berhampiran dengan beberapa pasaran-pasaran utama di Asia, Malaysia juga tersenarai oleh Bank Dunia pada 2016 selaku negara ke-18 di dunia dengan kemudahan melakukan perniagaan.
Pemilikan 100% warga asing turut dibenarkan bagi sebuah syarikat Sdn Bhd di Malaysia, yang mana ianya menarik ramai warga asing. Selain itu, tiada kekangan di Malaysia di dalam penghantaran pulang pulangan modal, dividen, royalti dan keuntungan. Melalui perjanjian percukaian berganda dengan sejumlah 68 negara, kos permulaan yang rendah dan kadar sewaan premis berpatutan, Malaysia merupakan antara hab perniagaan paling menarik di Asia bagi warga-warga asing yang mencari peluang terbaik seterusnya.
Sebuah syarikat Sdn Bhd adalah antara pilihan entiti perniagaan yang paling popular di Malaysia kerana ia dianggap entiti berasingan daripada pemiliknya yang sah. Sebagai salah satu entiti perniagaan yang paling utama di negara ini, reputasinya yang cemerlang memudahkan urusan mendapatkan pinjaman.
Syarikat-syarikat Sdn Bhd di Malaysia hadir dengan kelangsungan perniagaan, yang bermakna perniagaan dapat diteruskan sehingga ke suatu tempoh di mana terdapat alasan kukuh bagi menutup operasi perniagaan. Kerana syarikat Sdn Bhd dianggap entiti berasingan yang sah, kekayaan peribadi pemiliknya dilindungi, yang mana ini merupakan satu kelebihan. Sebagai entiti berasingan, pemilikan perniagaan ini dapat dipindahkan, lantas menyumbang kepada kewujudan perniagaan secara berterusan.
Entiti perniagaan ini juga terdedah kepada risiko cukai pendapatan yang rendah, di mana ramai usahawan menganggapnya sebagai antara entiti perniagaan terbaik untuk dipilih dalam usaha memperbadankan syarikat di Malaysia. Dengan perancangan cukai yang baik, adalah mudah meraih keuntungan cukai yang ditawarkan di Malaysia sekiranya anda memulakan sebuah syarikat Sdn Bhd.
Syarikat-syarikat Sdn Bhd di Malaysia mendapat persepsi pasaran yang baik, kerana ia dilihat stabil dan merupakan entiti perniagaan yang telus, disebabkan keperluan pelaporan yang ketat yang perlu dipatuhinya.
Adakah Syarikat Sdn Bhd Berbeza Dengan Syarikat Berhad?
Ya, tentu sekali. Sebuah syarikat Sdn Bhd di Malaysia berbeza dengan syarikat Berhad (Bhd) daripada beberapa aspek. Pertama sekali, syarikat Sdn Bhd boleh memiliki daripada 2 pemegang saham kepada maksimum 50 pemegang saham. Syarikat-syarikat Sdn Bhd juga merangkumi perusahaan kecil dan sederhana, atau dikenali sebagai PKS, sedangkan syarikat Berhad seringkali terdiri daripada organisasi yang lebih besar.
Syarikat Sdn Bhd di Malaysia perlu mendedahkan penyata kewangan kepada orang ramai.
Pilihan Entiti Perniagaan Lain di Malaysia
Selain daripada syarikat Sdn Bhd, pilihan-pilihan entiti perniagaan lain di Malaysia termasuk juga:
- Perkongsian
- Pemilikan Tunggal
- Liabiliti Terhad
- Syarikat Awam Berhad
- Syarikat Berhad Menurut Jaminan