This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Perkara yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perjalanan di Malaysia
Malaysia. Sebuah negara dibahagikan kepada dua bahagian oleh Laut China Selatan, dikenali sebagai Semenanjung Malaysia dan Malaysia Barat yang terdiri daripada Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia menempatkan bandar-bandar yang sibuk dengan senibina kolonial. Ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur juga berada di Semenanjung. Sebaliknya, Sabah dan Sarawak pula diseliputi keindahan semulajadi dengan hutan liar, orangutan, Gunung Kinabalu yang menarik puluhan pelancong saban tahun yang cuba menawan puncaknya, suku-suku terpencil serta menawarkan pengalaman yang sama sekali berbeza dari ibu kota Kuala Lumpur..
Malaysia mudah diakses melalui mana-mana tiga lapangan terbang utama – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Pulau Pinang atau lapangan terbang yang terletak di Kuching bagi mereka yang ingin ke Sabah dan Sarawak dari Semenanjung Malaysia. Masa terbaik untuk melawat negara ini adalah di antara bulan Mac dan awal Oktober di mana anda pada dasarnya dapat mengelakkan musim hujan lebat serta keadaan udara yang panas dan lembap. Januari dan Februari juga menarik bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan beberapa perayaan penting – terutamanya Tahun Baru Cina dan Thaipusam – dirayakan di sini.
Destinasi-Destinasi di Malaysia
Kuala Lumpur tentunya destinasi popular bagi ramai pihak dan pelancong yang secara umumnya hadir ke ibu kota dan membuat perjalanan ke pelusuk lain dari sini. Kuala Lumpur, ataug lebih dikenali sebagai KL, adalah nadi penggerak sosial dan ekonomi negara, rumah kepada pelbagai pertubuhan perniagaan antarabangsa dan tempatan, dan menempatkan pelbagai bar designer, restoran antarabangsa dan tempatan.
Terletak dalam hanya beberapa jam pemanduan ke Selatan KL, Melaka merupakan tempat kelahiran sebahagian besar sejarah yang kaya di Malaysia, lantas menjadikannya salah satu destinasi yang mesti dikunjungi di negara ini. Lebih jauh ke utara, dengan beberapa jam perjalanan adalah Pulau Pinang, di mana orang Inggeris pertama kali menetap di Malaysia dan juga menjadi rumah kepada pelbagai warisan sejarah negara terutama semasa pemerintahan British. Ibukota Pulau Pinang, Georgetown, masih menampilkan banyak bangunan kolonial yang telah dipulihkan dengan indah. Pulau Pinang juga merupakan rumah kepada daerah Chinatown, yang bersama dengan Melaka, merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO disebabkan kepelbagaian budaya dan seni binanya.
Pelancong tentu dapat menikmati citarasa Old England dengan menuju ke Fraser’s Hill dan Cameron Highlands, terutama jika mereka mahu melarikan diri dari suhu berbahang di bandaraya. Cuaca dingin di tanah tinggi memberi peluang yang baik untuk berada dekat dengan alam semula jadi, mengamati burung, bermain golf dan menikmati secangkir teh panas yang enak.
Dan jangan lupa juga Pulau Langkawi, iaitu destinasi pelancongan utama yang terletak di utara tidak jauh dari Pulau Pinang. Dengan resort-resort peranginan dan pantai yang sempurna, ia mesti dilawati semua orang yang mencari percutian pantai. Pulau Sipandan dan Gunung Kinabalu pula adalah antara dua destinasi menarik di Sabah yang menawarkan pelbagai sebab untuk dilawati, di samping menampilkan hidupan liar dan hutan eksotik.
Malaysia tentunya merupakan negara yang kaya dan bersemangat dengan banyak untuk dilihat dan dilakukan oleh semua orang dari segenap lapisan masyarakat, sama ada mereka datang ke negara ini untuk perniagaan atau percutian. Satu perkara yang dapat anda pastikan ialah apabila anda memilih untuk melancong di Malaysia – ia bakal menjadi satu pengalaman berbeza dari yang lain.