This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Sewaan Pejabat Perniagaan di Malaysia
Menyewa pejabat perniagaan di tengah-tengah Malaysia, di ibukota Kuala Lumpur, merupakan tindakan terbaik anda untuk perniagaan. Kuala Lumpur merupakan hab perniagaan di Malaysia dengan majoriti pekerjaan dan peluang dalam negara terletak di sini. Syarikat mampu mencatat kejayaan dengan ruang pejabat yang betul di lokasi yang betul.
Sudah tentu, salah satu kebimbangan bagi syarikat ialah dalam mendapatkan ruang pejabat dengan kadar sewajarnya. Perniagaan merupakan bidang yang memerlukan wang dengan sewaan bulan perlu diambil kira, dan kadar pejabat yang berpatutan pastilah amat mustahak di dalam menguruskan perbelanjaan perniagan bagi mencatat keuntungan maksimum. Antara faktor yang perlu menjadi pertimbangan apabila memilih ruang pejabat adalah kos, akses kepada sumber, akses kepada tenaga kerja, keuntungan yang dianggarkan serta sasaran margin keuntungan.
Mujurlah, pejabat yang dilengkapi sepenuhnya, pejabat perkhidmatan dan pusat perniagaan kini menjadi salah satu pilihan bagi perniagaan.
Tinjauan Anggaran Kadar Sewa Pejabat di Malaysia
Bergantung kepada lokasi, antara kadar sewaan yang boleh dijangka pelabur apabila menyewa ruang pejabat di Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
- Pusat bandar KL/Kawasan Segitiga Emas (RM6.00 – RM12.50 sekaki persegi)
- Kl Sentral (RM6.00 – RM8.00 sekaki persegi)
- Mid Valley City (RM7.00 – RM8.00 sekaki persegi)
- Bangsar South City (RM5.00 – RM6.00)
Sudah pasti, lokasi merupakan salah satu faktor dalam menentukan harga permulaan sewaan ruang pejabat, namun faktor lain termasuk juga jenis bangunan yang dimaksudkan. Bangunan komersil sering mengenakan kadar sewaan premium terutama jika ia terletak di lokasi strategik dengan kemudahan canggih.
Kos Sewaan Ruang Pejabat di Malaysia
Bergantung kepada lokasi dan keperluan perniagaan, harga sewaan pejabat perkhidmatan di Malaysia contohnya mampu mencecah sehingga RM600 bagi sebuah meja sebagai permulaan. Sebut harga ini selalunya termasuk dengan kelengkapan seperti internet dan kemudahan bilik mesyuarat, penggunaan pantri, khidmat layanan pelanggan, peralatan audio visual dan kemudahan meletak kenderaan.
Saiz ruang pejabat juga menjadi faktor penentu harga. Sekiranya syarikat mencari ruang kecil, inilah tempat terbaik untuk anda bermula. Salah satu kelebihan menyewa sebuah pejabat perkhidmatan di Kuala Lumpur adalah aliran tunai yang lebih baik, dengan syarikat mendapati diri mereka tidak perlu membelanjakan banyak wang untuk pembaharuan kerana ia dilengkapi dengan sepenuhnya. Terdapat juga pengurangan overhead dalam jumlah pekerja dan fleksibiliti sepenuhnya dari segi pertumbuhan sebagai antara kelebihan lain. Syarikat-syarikat yang ingin mula kecil terutamanya, mempunyai pilihan untuk meningkatkan saiz ruang pejabat hanya mengikut keperluan semasa.
Satu lagi kelebihan bagi pejabat perkhidmatan adalah kemungkinan sewa jangka pendek, yang sesuai untuk syarikat permulaan kecil dan baru yang masih tidak pasti tentang apa yang mereka mahukan atau perlukan untuk perniagaan mereka bergerak ke hadapan.
Adalah Khidmat Ejen Hartanah Diperlukan?
Bergantung pada jenis ruang pejabat yang anda putuskan untuk menyewa. Sekiranya anda inginkan pejabat perkhidmatan, biasanya cukup mudah untuk melakukannya kerana anda hanya perlu memilih pakej yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Sebaliknya, sekiranya anda memerlukan sebuah ruang pejabat perniagaan yang bersaiz penuh, maka khidmat ejen hartanah memberi kelebihan kerana mereka akan dapat menunjukkan kepada anda beberapa pilihan berbeza bagi membantu mempercepatkan proses selain dari merundingkan dan menjamin tawaran terbaik untuk anda.