This post is also available in:
English
简体中文 (Chinese (Simplified))
Di Malaysia, tahun cukainya berjalan mengikut tahun kalendar (asas penilaian tahun semasa) – tahun kalendar bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Semua cukai pendapatan dikenakan atas dasar wilayah – Individu, sama ada pemastautin cukai atau bukan pemastautin di Malaysia, akan dikenakan cukai ke atas sebarang pendapatan yang dijana atau diperoleh dari Malaysia.
Panduan Cukai Pendapatan Peribadi Malaysia
Di Malaysia, individu (tanpa mengambilkira kewarganegaraan) bertanggungjawab terhadap cukai pendapatan jika dia memenuhi mana-mana kriteria berikut:
- Dia telah bermastautin di Malaysia selama 182 hari dalam sesuatu tahun cukai
- Dia telah bermastautin di Malaysia selama kurang daripada 182 hari dalam tahun cukai, tetapi telah bermastautin di negara ini selama 182 hari berturut-turut dikaitkan dengan hari dari tahun sebelum atau selepas tahun cukai tersebut
- Individu berkenaan telah bermastautin di Malaysia selama sekurang-kurangnya 90 hari dalam tahun cukai semasa dan bermastautin di Malaysia selama sekurang-kurangnya 90 hari dalam tiga daripada empat tahun terdahulu
- Individu berkenaan akan bermastautin di Malaysia dalam tahun berikutnya dan telah bermastautin di Malaysia dalam tempoh tiga tahun sebelum tahun cukai dikenakan.
Sila baca Panduan Cukai Pendapatan Peribadi Malaysia secara terperinci di laman sesawang kami bagi mengetahui lebih lanjut tentang sistem cukai pendapatan peribadi di Malaysia.
Tanggungjawab Individu di Malaysia
Sistem cukai pendapatan peribadi di Malaysia beroperasi di bawah Sistem cukai Taksir Sendiri (STS). Maka, adalah merupakan tanggungjawab masing-masing bagi membuat pengiraan liabiliti cukai (bagi individu yang bertanggungjawab bagi cukai pendapatan) untuk memfailkan pulangan cukainya sebelum tarikh akhir. Mendaftar sebagai pembayar cukai di Malaysia adalah mudah. Anda boleh melakukan pendaftaran sama ada secara dalam talian atau di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) yang berdekatan.
Apa anda perlukan bagi permohonan anda?
- Satu salinan penyata pendapatan terkini
- Satu salinan Kad Pengenalan atau paspot antarabangsa
- Satu salinan sijil nikah (sekiranya berkenaan)
Di sini terdapat panduan komprehensif yang dapat membantu anda agar berjaya mendaftar sebagai pembayar cukai di Malaysia.
Kadar Cukai Pendapatan Peribadi di Malaysia
Malaysia mengamalkan sistem kadar cukai progresif. Pembayar cukai hanya membayar kadar lebih tinggi pada amaun yang melebihi kadar tersebut. Kadar cukai pendapatan merupakan Pendapatan Kena Cukai (bukan gaji atau pendapatan keseluruhan) dan Kadar Kena Cukai dihitung hanya selepas pengecualian cukai dan pelepasan cukai
Kadar cukai di Malaysia sentiasa merupakan peratusan pendapatan kena cukai anda. Dalam kata lain, lebih banyak pendapatan anda, lebih tinggi peratusan cukai yang anda perlu jelaskan. Pun begitu, peratusan tinggi itu tidak hanya terpakai bagi amaun yang lebih tinggi. Pembayar cukai tidak akan berakhir dengan pendapatan bersih yang lebih rendah selepas cukai walaupun mereka menjana lebih banyak pendapatan.
Perancangan Cukai bagi Cukai Pendapatan Individu di Malaysia
Apabila ianya berkaitan dengan cukai, memahami bagaimana cara terbaik untuk menguruskan kewangan anda (perancangan cukai yang berkesan) boleh memberi manfaat kepada kedudukan kewangan anda. Malah, setiap orang yang bertanggungjawab membayar cukai memerlukan nasihat dan sokongan profesional agar mereka mampu mengoptimumkan kedudukan cukai mereka dan memastikan mereka memenuhi semua keperluan pematuhan. Atas alasan ini dan lain-lain, anda perlu mengkaji semula pelan cukai anda sekurang-kurangnya sekali setahun atau setiap tahun untuk mengetahui pendekatan apa yang paling sesuai dengan matlamat kewangan anda serta memelihara kekayaan dan keluarga anda.
Pelepasan Cukai Peribadi di Malaysia
Setiap Ringgit bagi cukai pendapatan yang anda simpan bermakna lebih banyak pendapatan yang anda peroleh. Dengan kata lain, setiap pengeluaran wang yang dirancang dengan baik bermakna kehilangan minimum, dan setiap penjimatan cukai yang diwarisi bermakna lebih banyak manfaat untuk diri dan keluarga anda. Oleh itu, setiap pembayar cukai harus memastikan agar dapat mengambil kesempatan penuh dari peluang penjimatan cukai. Di sini, kami telah menyertakan senarai lengkap pengecualian cukai untuk rujukan pengiraan anda – Pelepasan Cukai Peribadi di Malaysia